Bantuan ·

BPN 2.0 Bila Masuk? (Tarikh Dapat Duit BPN Fasa 2 Ikut Bank)

Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu duit BPN 2.0 bila masuk akaun bank? Jangan bimbang, kalau sudah login BPN dan mendapat status lulus, duit bantuan akan tetap masuk. Cuma perlu semak tarikh bayaran BPN 2.0 dahulu. Untuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021, anda perlu rujuk tarikh bayaran BPR Fasa 2 yang terkini.

Izinkan kami berkongsi berkenaan BPN bila dapat seperti di bawah. Untuk makluman tentang bila duit BPR masuk, sila langkau artikel ini.

Duit BPN 2.0 bila masuk?

Maklumat ini adalah berdasarkan laporan Berita Harian yang memetik pengumuman dari Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. berkata bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan disebabkan pelaksanaan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Pembayaran duit bantuan bagi BPN 2.0 ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama dan Fasa Kedua.

 

#1 Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Pertama?

Untuk makluman, tarikh bayaran BPN 2.0 Fasa Pertama sudah selesai dibayar kepada penerima bermula hari Isnin, 26 Oktober 2020 yang lalu.

 

#2 Bila boleh dapat bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Kedua pula?

Pembayaran seterusnya dijangka pada:

Seperti sedia maklum, semua bayaran bantuan dari kerajaan adalah secara beperingkat. Maksudnya, ada individu yang akan dapat tepat pada tarikh tersebut. Akan ada pula yang menerima hari esoknya, atau minggu depannya.

Jadi, jangan panik jika duit BPN belum dapat. Perlu bersabar.

 

Bila duit BPN 2.0 masuk ikut bank?

Ada desas-desus mengatakan bahawa pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menerima bayaran bantuan atau tarikh pengkreditan BPN 2.0 yang lebih awal iaitu antara 19 hingga 22 Oktober 2020. Jika anda salah seorang daripadanya, sila komen di bawah untuk pengesahan.

Apa-apa pun, di bawah ini adalah perkongsian tarikh kemasukan duit BPN 2.0 untuk bank-bank terpilih:

 

Amaun wang BPN 2.0 yang bakal masuk bank

Untuk lebih mudah faham, kami asingkan maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah:

#1 Kategori Bujang B40

Bila duit BPN masuk?  

#2 Kategori Bujang M40

 

Bila duit BPN masuk?

 

#3 Kategori Isi Rumah B40 (Berkahwin)

Bila BPN 2.0 masuk?  

#4 Golongan Isi Rumah M40 (Berkahwin)

Bila BPN 2.0 masuk?  

Akhir kalam

Tahniah pada yang sudah terima duit pembayaran BPN 2.0. Bagi yang masih menunggu bila BPN 2.0 masuk, bersabarlah. Duit itu tetap ada, cuma mungkin lambat sedikit. Teruskan buat semakan bayaran BPN 2.0 melalui portal LHDN.

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BPN 2.0 ini dapat melegakan hati anda. Jangan lupa semak cara bayaran BPN 2.0 juga.

Semoga bermanfaat.