Kerjaya ·

Cara Daftar Foodpanda Rider (Register Online, Gaji Besar)

Cara Daftar Foodpanda Rider (Register Online, Gaji Besar)

Bila tengok semakin banyak motor yang pasang beg Foodpanda, semakin kita tertanya-tanya, benarkah boleh buat duit dengan Foodpanda? Bagaimana cara daftar Foodpanda? Macam mana cara jadi rider Foodpanda agar boleh tambah pendapatan hanya dengan bermodalkan motosikal?

Langkau artikel ini untuk baca cara daftar Grab Food rider pula.

Malas keluar

Untuk keluar dari pejabat, dan pergi ke destinasi untuk mendapatkan makanan yang anda idamkan, anda perlu mengharungi kesesakan di jalan raya. Hal ini lazimnya berlaku bagi anda yang menetap di bandar seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Ibarat yang selalu kita dengar dalam drama di televisyen; “Nak settle satu lagi masalah, kena hadap pula lagi satu masalah”. Leceh bukan? Kadangkala, ketika kita di rumah, anda tiba-tiba berasa lapar. Anda inginkan makanan yang mungkin berat untuk memuaskan nafsu lapar anda, tetapi anda malas untuk keluar dari rumah.

Mungkin hari tersebut hari bekerja anda dan mungkin anda kepenatan untuk keluar. Anda ingin tidur tetapi anda tidak mengantuk, sebaliknya anda lapar. Jadi, bagaimana anda ingin menyelesaikan masalah anda? Senang sahaja. Pesanlah makanan anda dengan foodpanda.

Apa itu Food panda?

Mempunyai ibu pejabat di Berlin yang terletak di Jerman, foodpanda merupakan servis penghantaran makanan yang berasal dari Jerman, dan kini beroperasi di 40 buah negara dan wilayah.

Servis ini membenarkan pengguna untuk memilih makanan dari mana-mana restoran tempatan di dalam negara dan membuat pesanan dari aplikasi di telefon bimbit selain daripada di laman web rasmi foodpanda.

Kemudian, foodpanda akan menghantar makanan anda ke destinasi di mana anda berada menggunakan krew penunggang penghantaran (delivery riders).

Jika mahu buat pesanan, boleh baca cara order Foodpanda terlebih dahulu.

Cara daftar Foodpanda rider secara online

Secara terperinci, foodpanda memproses dan menghantar pesanan secara terus kepada restoran yang menjadi ‘rakan’ mereka, kemudian restoran akan menyediakan makanan tersebut secara bungkus dan rider milik foodpanda akan menghantar makanan tersebut ke destinasi anda.

Servis ini terdapat di laman web rasmi syarikat ini serta pada aplikasi di telefon bimbit. Secara kronologinya, cara anda sebagai pelanggan boleh memesan makanan menggunakan foodpanda adalah seperti berikut:

Foodpanda menerima segala jenis pesanan daripada laman web mereka ataupun daripada aplikasi telefon bimbit. Syarikat ini menyambungkan pelanggan dengan restoran yang menyediakan servis penghantaran makanan di kawasan di mana pelanggan tersebut berada, serta memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih, memesan dan membayar secara dalam talian (online).

Foodpanda juga mempunyai ruangan pandangan (review section), di mana pelanggan boleh memberi komen tentang proses jualan daripada pesanan sehinggalah kepada makanan sampai kepada mereka, proses penghantaran, rasa makanan dan penampilan restoran itu sendiri.

Mudah sahaja cara daftar Foodpanda rider bukan?

Cuma perlu motor, komputer atau telefon bimbit dan Internet.

 

Cara daftar Foodpanda rider

Rider sebagai Karier?

Anda juga boleh menjadi krew foodpanda jika anda mahu, dan tugas andaBuat anda yang mungkin tertanya-tanya bagaimana ingin menjadikan servis foodpanda sebagai satu kerjaya, anda perlulah mendaftar dahulu untuk membuat akaun yang baru di website foodpanda. Cara untuk mencipta akaun baru foodpanda adalah mudah.

Caranya:

Anda akan menerima SMS daripada foodpanda meminta anda untuk hadir ke pejabat mereka untuk mendengar taklimat ringkas. Akan ada juga sesi praktikal dengan pekerja senior mengenai bagaimana untuk mengendalikan pesanan dan penghantaran.

Sekiranya tiada masalah, anda boleh menjadi rider foodpanda. Pada hujung sesi praktikal, anda boleh mendaftar dan mendapatkan ID dan kata laluan untuk aplikasi foodpanda. Anda juga akan mendapatkan peralatan foodpanda seperti baju rasmi, beg thermos dan beg foodpanda. Anda berjaya!

Apa kebaikan menjadi rider Food panda ini?

 

Berapa gaji rider foodpanda?

Gaji rider foodpanda dibayar secara mingguan, setiap hari Selasa. Pada mulanya, gaji seorang rider adalah sebanyak RM5 sehingga RM6 sejam.

Cukup 3 bulan bekerja, gaji meningkat dari RM6 sehingga RM7 sejam. Apabila cukup 6 bulan bekerja, gaji akan meningkat dari RM 7.50 sehingga RM 8.50 sejam. Dalam setiap delivery, terdapat juga tips sebanyak RM3.

Income ini akan bertambah jika rajin.

The more your work, the more you earn!

 

Lokasi rider foodpanda yang banyak permintaan

Benar, tidak semua tempat sesuai menjadi lubuk untuk mencari rezeki. Maka, di bawah ini ialah senarai lokasi permintaan tinggi.

Jika mahu jadi rider Food panda, cubalah kerja di kawasan ini.

 

Akhir kalam

Kerja menjadi rider untuk foodpanda adalah kerja yang mencabar dan sangat memenatkan, tetapi menyeronokkan kerana banyak pengalaman anda dapat peroleh, lebih-lebih lagi apabila berdepan pelanggan yang mempunyai kerenah yang berbeza.

Cara daftar Foodpanda rider telah kami kongsikan. Langkah seterusnya ialah hanya dari diri anda sendiri.

Tambahan lagi, kerja sebegini berbaloi untuk mencari duit poket lebih, serta untuk pelajar atau lepasan universiti mencari pengalaman kerja.

Sebagai alternatif kerja di Singapura yang jauh nun di selatan, anak-anak muda masih lagi boleh kerja di Malaysia.

Yang terakhir, jika tidak mahu kerja hantar makanan, boleh sahaja cuba kerja hantar barang seperti di Lalamove, Shopee Express dan juga Lazada Express.

Semoga bermanfaat.